Upin dan Ipin Senarai_watak_Upin_&_Ipin

Aruffin bin Abdul Salam dan Ariffin bin Abdul Salam (lakonan suara Nur Fathiah Diaz (musim 1–3), Asyiela Putri (musim 4–sekarang) ) ialah sepasang adik-beradik lelaki kembar Melayu yang tinggal bersama kakak dan opah mereka di sebuah rumah kampung yang terletak di Kampung Durian Runtuh. Mereka berdua telah kehilangan kedua-dua ibu bapa sewaktu kecil (seperti dinyatakan dalam episod Hari Raya dan Istimewa Hari Ibu).

Sebagai panduan membezakan kembar yang berkepala botak ini, Upin ada sehelai rambut berlilit pada kepalanya dan berbaju kuning yang tertulis huruf U padanya. Manakala Ipin pula botak licin dan berbaju biru yang tertulis huruf I serta memakai kain merah pada lehernya.

Ipin lebih suka menasihati seperti kata-kata Opah. Upin seorang yang memandang serius peranannya sebagai abang kepada Ipin. Jika ada satu barang yang cenderung mendapatkan ialah Upin kerana Upin adalah abang kecuali bila Opah berkata kongsi. Upin juga lebih pandai bersuara dan menjadi watak utama disebalik gelagat nakal yang dilakukannya dan kawan-kawannya. Ipin cenderung untuk mengulang satu-satu perkataan tiga kali dalam ayatnya, khususnya "Betul, betul, betul" dan lebih gemar makan daripada Upin. Ipin menyukai Ayam Goreng, Semua Buah . Ipin juga lebih periang dan pandai dalam pembelajaran berbanding Upin. Pada Episod "Kembara Ke Pulau Harta Karun" Upin memilih Kapal Baru dan Ipin lebih memilih makanan (ayam rendang, ayam madu, ayam kuning, ayam goreng). Upin lebih pandai menggunakan lastik. Ipin lebih pandai menggunakan pedang.